Rezeki Akan Lebih Murah Jika Buat 8 Perkara Ini Terlebih Dahulu.Semoga Bermanfaat Kepada Semua.

Orang kata rezeki lebih murah kalau kita sentiasa ‘memberi’ kepada orang lain.Ya benar memberi itu banyak kelebihannya.Namun adakalanya kita sendiri pun sesak dan kekurangan untuk sentiasa memberi kepada yang memerlukan.

Jangan sesakkan fikiran dengan konsep memberi ini.Apa yang anda set dalam minda adalah,setiap wang yang kita milik sebenarnya bukanlah sepenuhnya hak milik kita.Bila anda tahu konsep ini,dengan redha hati,sedekahkanlah kepada yang lebih memerlukan.

Lagi satu,ada banyak cara lain yang lebih ringkas untuk anda pastikan rezeki anda bertambah-tambah.Kena amalkan.

 

1.Sediakan Makanan Kucing
– Dekat luar rumah kita,sediakanlah sebekas makanan dan semangkuk air di luar rumah kita.Ini khusus untuk kucing jalanan yang singgah dan lalu di kawasan rumah kita.Itu rezeki dia.Tapi kucing di rumah jagan pula diabaikan,

2.Asingkan Gaji
– Setiap kali dapat gaji,asingkan sedikit untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.Tak payah susah-susah cari orang lain untuk didermakan,bagi sahaja pada adik-adik atau anak-anak buah yang masih belajar.Tak payah banyak,ikut mana yang anda mampu

3. Duit Kecil
– Sentiasa sediakan duit kecil di dalam dompet untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.

4.Kotak Kecil
– Letakkan di bilik tidur sebuah kotak kecil.Setiap kali anda berbuat baik atau melakukan dosa,masukkan wang kecil didalamnya.Genap satu bulan,keluarkan duit ini dan sedekahkan duit ini.

5. Majlis Keramaian
– Jika mengunjungi majlis keramaian,selain sedekahkan duit kepada tuan rumah,cara lain yang anda boleh buah adalah sedekahkan air mineral kepada semua tetamu.Paling afdal untuk buat adalah ketika urusan pengkebumian sebab selalunya tuan rumah tidak sediakan makanan dan minuman.Anda sangat membantu.

6. ‘Keep The Change’
– Ini bukan berlagak kaya tapi niatkan sahaja untuk bersedekah.Tiap kali beli makanan dari peniaga kecil,tak payahlah ambil bakinya.Niatkan sahaja bersedekah.Buat orang lain gembira pun ada berkat dan pahalanya.

7. Beli Al-Quran
– Jika ada wang lebih,belikanlah Al-Quran atau sejadah dan sedekahkanlah kepada mana-mana masjid atau surau.Jika ada yang baca atau gunakan ketika solat,ada bahagian untuk anda.

8.Amal Al Fatihah
– Jadikan amalan baca Al Fatihah setiap pagi.Sedekahkan kepada kedua ibubapa kita tidak kira yang masih ada ataupun telah meninggal dunia.Amalkan.