Rupanya Inilah Susu Penyebab ‘Potong Kaki’! Ada Lebih Dari 10,Cuba Periksa Pantri Anda Sekarang

Apabila kita ke pasar raya, kita pasti akan terlihat deretan susu, sama ada dalam kotak, tin, mahupun botol terjual rapi. Dari luar nampak macam sama jenis-jenis susu ini, tetapi ada antaranya yang menjadi punca kepada penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.

1.Susu Segar

— Susu mentah yang dipasteurkan untuk bunuh kuman.Ia dijual dalam bentuk cecair.Jika ia susu import,maka ia diimport dalam bentuk cecair. Oleh itu, harganya lebih mahal sedikit.

2. Susu Penuh Krim (Full Cream / Whole Milk)

— Susu yang mengandungi komposisi lemak seperti susu segar iaitu sekitar 3.8%. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

— Ada susu penuh krim yang diimport dalam bentuk tepung, kemudian dihidrasi kembali di kilang tempatan, menjadi susu cecair semula. Harganya lebih murah dari susu segar.

3. Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)

— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 1.5% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

4. Susu Skim (Skimmed Milk)

— Susu yang telah dibuang sebahagian lemaknya sehingga mengandungi sekitar 0.15% kandungan lemak. Ia dijual dalam bentuk susu sedia minum atau dikeringkan menjadi susu tepung.

Macam mana lemak diasingkan daripada susu?
— Krim/Lemak Susu (milk fat) berketumpatan lebih rendah daripada jisim susu, maka ia akan terapung di bahagian atas. Lemak ini boleh diasingkan dengan mengautnya dari permukaan susu. Dalam industri, ia diasingkan menggunakan mesin sentrifugal.

5. Krim (Heavy Cream)

— Ia krim terapung yang diasingkan daripada susu asli dan memiliki sehingga 40% kandungan lemak. Krim putar(whipping cream) pula mengandungi sekitar 30% lemak susu.

6. Susu Sejat (Evaporated Milk)

— Susu asli penuh krim yang dipanaskan agar ia kandungan airnya tersejat dan menghasilkan susu yang lebih padat. Tiada tambahan gula dicampur kepada susu ini.

7. Susu Pekat Manis (Sweetened Condensed Milk)

— Susu asli penuh krim yang ditambah gula, kemudian dipanaskan sehingga sebatian menjadi pekat dan terkaramel. Menatang ini lah yang banyak makan kaki rakyat Malaysia. Haha!

8. Susu Bukan Tenusu (Non Dairy Milk)

— Susu daripada sumber tumbuhan seperti soya, — badam, santan, beras dan sebagainya. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang alergi kepada susu, intoleran laktosa, atau vegan.

9. Susu Formula (Infant Formulated Milk)

— Susu haiwan ternakan atau tumbuhan yang diubahsuai agar menyerupai komposisi dan nutrisi susu badan wanita. Regulasi ketat dikenakan bagi memastikan susu ini sihat dan selamat.

10. Krimer (Creamer)

— Ia diperbuat daripada minyak sayuran, air, gula/pemanis, emulsifier, penstabil. Biasa digunakan untuk bancuh kopi dan teh. Ada juga yang dicampur Pepejal dan lemak susu. Ada cecair, ada serbuk. Ni pun jahat.

11. Guli susu (Milkies Marble)

— Guli warna putih susu dan selalunya bersaiz lebih besar dari guli kaca mata kucing. Ini barang rare, jadi kalau ada, jangan guna buat main guli. Simpan baik-baik.