SAKA,Bagai Mana Nak Kesan Kalau Ada & Cara Mengatasi. Ini Penjelasan Ustaz Sharhan Shafie

Macamana kalau nak tau keluarga kita ada SAKA & cara mengatasinya, ceramah oleh Ustaz Sharhan Shafie.

AL-FADHIL USTAZ SHARHAN SHAFIE adalah pengamal perubatan Islam yang telah lama bergiat aktif dalam mengubati pesakit-pesakit misteri gangguan jin & syaitan. Beliau berasal daripada Machang, Kelantan.

Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Air Merah dan Sek. Men. Arab Shamsul Maarif. Kemudian beliau menyambung pengajian tinggi di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Terengganu dalam jurusan Bahasa Arab.

Selepas itu menyambung pelajarannya ke Mesir selama 3 tahun. Beliau mendapat belaian tarbiyyah secara langsung daripada gurunya bernama SYEIKH WAHID ABDUS SALAM BALI (tersohor di kalangan para mua’lij perubatan Islam).

Beliau pernah menuntut ilmu dengan guru-guru yang tersohor dalam perubatan Islam seperti di KAFUR-SYEIKH (Mesir), TANTA, DASUK dan MANSIYATUL ABBAS selama 6 bulan. Kini beliau mempunyai 1000 anak murid di seluruh tanah air yang mengikuti pengajiannya.

Selain mengadakan kuliah dan kelas komprehensif, beliau turut membuat pembentangan kertas kerja mengenai Perubatan Islam menangkis kejahatan Ilmu Hitam di Institut Pengajian Tinggi seluruh Malaysia.

Berita mengenai pengamalan perubatan beliau turut disiarkan didalam surat khabar Mesir apabila beliau berjaya mengubati seorang peguam yang diganggu jin wanita yang berusia 2000 tahun (jin yang wujud pada zaman fir’aun laknatullah).

Dengan kemahiran beliau mengenai selok belok perubatan Islam, adalah diharapkan masyarakat kita dapat mengambil manfaat dari setiap seminar/bengkel yang dijalankan.

Berikut adalah tanda-tanda orang yang di cintai jin antara lain:

  • Beberapa lebam-lebam timbul pada tubuh kita
  • Sering bermimpi basah dan mimpi bertemu dengan orang yang tidak kita kenal
  • Sering melihat diri ke depan cermin dan bercakap sendiri. kadang-kadang membuka aurat sendiri di hadapan cermin
  • Sering menyendiri dan jarang bergaul dengan orang lain
  • Kesulitan dalam mencari pasangan dan rasa sayang dengan pasangan akan hilang
  • Merasakan rasa sakit dan pusing di bahagian kepala di waktu petang seperti waktu solat asar
  • Bermimpi mempunyai anak dengan orang lain dan sering merasa selalu diikuti orang ataupun sering melihat bayang bayang aneh.
  • Suka melamun dan berkhayal membayangkan hal-hal romantis.
  • Sering merasa gembira, sedih, sayu, atau rindu, pada seseorang yang anda sendiri tak tahu pada siapa.

Apabila tanda-tanda di atas anda alami maka segeralah merubah kebiasaan anda. Nah berikut ini adalah cara agar jin tidak boleh mengganggu kita:

  • Seringlah berdoa dan meminta perlindungan kepada Allah swt. agar terhindar dari gangguan jin
  • Jangan biasakan dan sering bercermin
  • Selalu jaga aurat anda terutama jika anda berada di luar rumah
  • Bacalah doa sebelum dan sesudah masuk bilik mandi
  • Bacalah doa sebelum tidur untuk mengelakkan gangguan jin di saat kita terlelap
  • Seringlah bergaul dengan banyak orang atau dengan rakan-rakan dan keluarga anda

Lalu apa sajakah yang menyebabkan jin mencintai manusia.?

Hal-hal Yang Menyebabkan Jin Menyukai Manusia Di Antara Lain Adalah:

  • Kurang Berzikir dan Bertasbih
  • Tidak Membaca Doa Ketika Masuk Bilik Mandi
  • Terlalu Sering Menyendiri
  • Tidak Menjaga Aurat
  • Jangan Lupa untuk slalu berdoa dan meminta perlindungan kepada Allah. Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dari kejahatan dan kezaliman makhluk-makhlukNya.