Sakit Di Bahagian Perut,Pendarahan Awal Kehamilan,Ambil Serius!Mungkin Hamil Luar Rahim

Kehamilan luar rahim adalah kehamilan yang terjadi dan membesar di luar rahim.Nisbah 1 dalam 90 kehamilan adalah kandungan luar rahim.Wanita yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim mempunyai risiko yang tinggi untuknya berulang.

Kehamilan luar rahim sangat berisiko dan berbahaya kepada wanita.

Secara normalnya,telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui Tiup Fallopian,di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi.Jika keadaan ini tidak berlaku,telur yang disenyawakan ini akan menempel di luar rahim dan terjadinya kandungan luar rahim.

Kehamilan luar rahim berbahaya kerana apabila kehamilan ini berkembang dan menjadi besar,ianya boleh pecah menyebabkan kesakitan yang amat,dan pendarahan di ruang abdomen.

Kebanyakan kehamilan luar rahim terjadi pada Tiub Fallopian,walaupun begitu,3-5 % kehamilan luar rahim boleh juga berlaku dimana-mana.

Apakah simptom-simptom kehamilan luar rahim?

Setiap wanita yang mengalami masalah ini mempunyai gejala yang berbeza-beza.Ada yang tiada langsung simptom,ada yang mempunyai beberapa simptom,malah ada yang pelbagai simptom.Lazimnya wanita akan mempunyai simptom pada minggu ke 6 kehamilan (selepas 2 minggu tak datang haid) .Anda mungkin sedar atau tidak anda sebenarnya mengandung lebih-lebih lagi jika haid tidak teratur atau pun kaedah perancangan keluarga anda gagal/tidak berjaya.
Simptom yang berbeza antara individu ke inividu menyebabkan ianya bukan perkara yang mudah yuntuk membuat diagnosis kehamilan luar rahim.

Simptom-simptom yang biasa diperhatikan termasuklah:

  • Sakit di bahagian bawah perut – Kadang-kadang sakit ini datang tanpa sebab musabab,dan datang secara tiba-tiba untuk beberapa hari,dan boleh terjadi pada sebelah bahagian sahaja.
  •  Pendarahan pada vagina – Tompokan darah mungkin kelihatan,ataupun anda mengalami pendarahan yang bukan seperti hadi anda yang biasa.
  •  Sakit pada bahu – Sakit ini disebabkan darah yang terkumpul di dalam ruang abdomen akibat kehamilan luar rahim yang telah pecah.Anda boleh mengalami sakit perut yang amat dan boleh pengsan secara tiba-tiba,akibat kehlangan darah yang banyak.Dalam keadaan kecemasan ini,seharusnya berjumpa kakitangan kesihatan/doktor dengan segera.

Adakah saya berisiko untuk hamil luar rahim?

Semua wanita dalam umur reproduksi boleh mengalami kehamilan luar rahim.Risiko ini meningkat sekiranya :

  •  Anda mempunyai sejarah kehamilan luar rahim terdahulu.
  • Anda mempunyai tiub fallopian yang rosak,sama ada pernah mengalami pembedahan pada tiub fallopian,termasuklah pembedahan mengikat tiub fallopian atau mempunyai jangkitan pada tiub fallopian
  • Anda mengandung walaupun memakai alat dalam rahim atau sama ada anda memakan pil perancangan keluarga yang mengandungi hormon progesteron sahaja (mini pill)
  • Kehamilan kali ini adalah melalui in vitro fertilisation (IVF) atau intracytoplasmic sperm injection (ICSI)
  • Anda merokok

Hampir kesemua kandungan luar rahim dijangka berlaku pada tempoh kandungan 6 hingga 10 minggu.Walau bagaimanapun kehamilan luar rahim boleh dikesan cepat.

Perlu diingat,sekiranya masih berada di peringkat awal kehamilan,doktor boleh mengambil masa yang sedikit lama untuk membuat diagnosis kehamilan luar rahim.

Diagnosis dibuat berdasarkan :

  • Pemeriksaan doktor – doktor akan menanyakan beberapa soalan berkaitan serta sejarah perubatan kemuadian pemeriksaan abdomen anda.Dengan kebenaran anda,doktor akan melakukan pemeriksaan vagina anda dengan kehadiran female chaperone untuk menemani anda sepanjang pemeriksaan.
  • Ujian kehamilan – Jika ujian kehamilan belum dilaksanakan,sampel air kencing akan diminta untuk melakukan ujian ini.Jika keputusannya negatif,biasnaya ianya bukanlah kehamilan luar rahim.
  • Ujian ultrasound – alat ultrasound akan dimasukkan secara perlahan-lahan ke dalam alat kelamin/vagina (transvaginal scan) kerana pemeriksaan ini jenis ini lebih tepat berbanding dengan scan yang dilakukan ke atas abdomen.Maka anda akan diberikan cadangan untuk melalui pemeriksaan transvaginal ultrasound untuk mengenalpasti lokasi sebenar kehamilan anda.Walaupun begitu,ianya bukan mudah untuk mengenalpasti lokasi kedudukan kehamilan lebih-lebih lagi pada peringkat awal kehamilan,dan anda mungkin perlu mengulang pemeriksaan ini selepas beberapa hari.
  • Pemeriksaan darah – untuk memeriksa paras hormon kehamilan (beta-HCG).Lazimnya pemeriksaan darah ini akan dijalankan secara 48 jam.Jika hormon ini meningkat sebanyak 63% setiap 48 jam,maka kehamilan selalunya berada di dalam rahim.Sebaliknya,jika paras hormon ini rendah dan tidak meningkat sepeti sepatutnya atau kekal pada nilai yang sama,berkemungkinan besar anda mengalami kandungan luar rahim.
  • Laparoskopi – Jika keadaan masih tidak pasti,dan masih tidak dapat mengenalpastikan lokasi kehamilan,sejenis pembedahan akan dilakukan,anda akan diberikan bius penuh.Beberapa lubang kecil akan dilakukan pada abdomen supaya kamera dan peralatan lain boleh dimasukkan.Jika kandungan luar rahim sudah dikenalpasti,rawaran membuang tiub yang mengandungi kandungan luar rahim akan dilakukan dengan kebenaran anda,sebelum pembedahan ini dilakukan,melainkan dalam keadaan kecemasan yang boleh meragut nyawa.

Bagaimana dengan kehamilan berikutnya?
Peluang untuk hamil seterunsya bukanlah satu masalah buat anda,walaupun anda mempunyai satu tiub fallopian sahaja.

Untuk kebanyakan wanita kehamilan luar rahim ini terjadi sekali sahaja.Walau bagaimanapun,kehamilan secara keselurahannya peluang anda mendapat sekali lagi khamilan luar rahim meningkat 70% jika dibandingkan nisbah 1 dalam 90 dalam populasi amnya.

Anda seharusnya berjumpa doktor awal bila mengetahui anda sebenarnya hamil.Pemeriksaan ultrasound akan dilakukan awal dalam 6 hingga 8 minggu kehamilan untuk memastikan kandungan anda kali ini berada dalam rahim.

Jika anda belum bersedia untuk hamil,boleh dapatkan khidmat nasihat perancangan keluarga dari klinik perancangan keluarga atau pun doktor sendiri kerana ada jenis-kjeins perancangan keluarga yang lebih sesuai selepas mengalami kehamilan luar rahim.