Sakit Je Hati Bila Nak Lalu 7 Jenis Bonggol Jalan Ni.

Tujuan utama bonggol jalan diwujudkan untuk kita sebagai pemandu memperlahankan kenderaan kita agar tak terlalu laju.Tapi ada banyak jenis bonggol yang buatkan kita rasa bengang dan sakit hati nak lalu.

1.The Bumble Bee
Bonggol ni agak luas jadi tak ada lah terasa sakit hati sangat. Tapi kalau dah bawa laju tiba-tiba nak break mengejut boleh terbang juga la kereta dibuatnya.

2.Mini Bumble Bee
Kecil tapi annoying. Bila lalu jalan shortcut, kena lah hadap bonggol kecik ni

3.The Rubber Bump
Selalunya kalau dalam mall memang menggunakan bonggol rubber ni.

4.The Royal Bump
Kalau tengah syok tidur dalam kereta, sekali pemandu lalu bonggol yang banyak ni boleh terjaga dalam keadaan marah tau!

5.Welcome To The Neighbourhood
Kalau dalam taman perumahan memang bersepah bonggol yang macam ni. Aduhai, tajam betul bonggol ni. Memang kena break betul sampai berhenti nak lalu sini. Nampak sangat bonggol ni bukan dipasang oleh pihak berkuasa tetapi orang-orang di taman tu.

6.The Inverse Speed Bump
Ni yang buat jam ni ! Semata-mata perlahankan kereta disebabkan lubang macam ni ! Adoi !

7.The Combo
Pergh! Sakitnya tu di sini. Dah la ada bonggol sekali siap pakej ada lubang besar.