Satu Keluarga Turut Terkorban Dalam Nahas Lion Air , Suami Ambil Cuti Untuk Hantar Isteri & Anak Pulang

Satu persatu kisah menyayat hati tentang keluarga mangsa nahas Li0n Air yang terhempas baru-baru ini terungkai. Terbaru perkongsian media di negara jiran Indonesia melaporkan satu keluarga turut terkorban dalam kejadian itu yang membabitkan 181 mangsa.

Rizal Gilang Perkasa Sanusi Putra, isterinya Wita Sriyani serta anaknya yang masih bayi Kyara Aurine Daniendra Giwitri, 15 bulan tersenarai dalam penumpang pesawat malang itu.

Gilang duduk di tempat duduk bernombor 22D sementara isterinya Wita pulang bersama anaknya Kyara di tempat duduk 22E.

Gilang merupakan seorang pegawai sebuah syarikat manakala isterinya Wita pula adalah seorang doktor gigi. Tiga beranak ini terbang dari Jakarta selepas selesai bercuti. Gilang menyambung cuti untuk menghantar anak dan isteri pulang ke Pangkal Pinang.

Tapi ketentuan Ilahi ternyata itulah perjalanan terakhir mereka sekeluarga. Pemergian mereka ditangisi oleh keluarga dan juga mendapat simpati dari net1zen di sana.

Menjunam ke dasar laut
Pesawat Boeing 937 MAX Li0n Air kelihatan terumbang-ambing, hampir mendatar dengan muncungnya agak menjunam ketika terhmpas ke dalam laut di Tanjung Kerawang, Isnin lalu.

Menurut dua nelayan menyaksikan kejadian itu, kedengaran letupan ketika muncung pesawat menjunam ke dalam laut sebelum kelihatan kepulan asap.

“Dari jauh saya nampak ia sudah condong (menjunam)” kata seorang nelayan terbabit, Gauk.

Berdasarkan rekod FlightRadar24, pesawat berkenaan terbang dalam keadaan tidak menentu dari Bali ke Jakarta pada malam sebelum hari kejadian.

Beberapa minit selepas berlepas dari Denpasar di Bali pada petang Ahad, pesawat berkenaan terbang pada ketinggian serta kelajuan tidak menentu. Ia turut mencatatkan penurunan ketinggian mendadak sebanyak 266 meter dalam tempoh 27 saat ketika ia sepatutnya terbang menaik sebelum stabil dan meneruskan perjalanan ke Jakarta.

Juruterbang bagaimanapun mengekalkan ketinggian pesawat pada 8,534 meter berbanding 10,973 meter bagi penerbangan laluan yang sama sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air, Edward Sirait, mengakui pesawat itu menghadapi masalah teknikal ketika penerbangan dari Denpasar ke Jakarta namun ia diselesaikan ‘mengikut prosedur’.

Pesawat itu mendarat di Jakarta pada jam 10:55 malam waktu tempatan Ahad lalu, membolehkan jurutera mempunyai masa enam jam setengah untuk memeriksanya sebelum pesawat berlepas ke Pangkal Pinang pada 6.20 pagi, Isnin.

Pesawat itu terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas menyebabkan 189 penumpang serta anak kapal terkorban. FlightRadar24 turut melaporkan kelajuan dan ketinggian pesawat Penerbangan JT61O itu yang luar biasa selepas berlepas.

Gambar log penyelenggaraan pesawat berkenaan ketika pemeriksaan di Jakarta tersebar di Internet sejak semalam, namun ia tidak dapat disahkan benar atau tidak.

Sirait enggan memberitahu masalah teknikal atau penyelenggaraan yang dilakukan di Jakarta namun memberitahu pihaknya sudah menyerahkan log berkenaan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia (NTSC).

Pengerusi NTSC, Soerjanto Tjahjono, berkata ada persamaan antara log penyelenggaraan yang beredar di Internet dengan log yang diterima daripada Li0n Air namun menurutnya, beliau belum menelitinya.

Menurut Reuters, sumber juruterbang dan jurutera menyatakan, berdasarkan data FlightRadar24 bagi kedua-dua penerbangan, ia menunjukkan pesawat berkenaan menghadapi masalah dalam sistem ‘pitot’ statik iaitu alat membekalkan ukuran kelajuan dan ketinggian pesawat kepada komputer penerbangan.

Menurut data FlightRadar24, pesawat berkenaan menunjukkan masalah dua minit selepas berlepas dari Jakarta apabila ia mencapai ketinggian 610 meter. Ia menurun lebih 150 meter dan condong ke kiri sebelum kembali mendaki ke 1,525 meter.

Pesawat kemudiannya terbang laju pada saat-saat terakhir sebelum terhempas mencapai kelajuan 345 knots (638 km/j) sebelum hilang dari radar pada ketinggian 1,112 meter.

Penampakan Sebahagian Badan Pes4wat Li0n Air JT61O yang Ditemukan di Dasar Laut

Sebahagian badan pesawat Lion Air JT 61O yang jatuh di perairan Karawang ditemukan pada kedalaman 32,5 meter. Penemuan puing badan pesawat ini disiarkan langsung di salah sebuah syarikat penyiaran swasta. Dari rakaman video tersebut, terlihat puing dan bongkahan besar pes4wat dari yang berukuran kecil hingga besar.

Selain itu, ada pula kad pengenalan mangsa dan kelihatan seperti bahagian ekor pesawat. Sebahagian badan pesawat Lion Air JT 61O yang ditemukan itu ditemukan sekitar pukul 5 petang.

Takziah dan alfatihah untuk kesemua mangsa yang terkorban