Kenapa Jangan Kejutkan Isteri Sedang Tidur Dalam Kereta? Ini Sebabnya Yang Mungkin Suami Tak Suka Mendengarnya

Isteri merupakan anugerah daripada Allah S.W.T buat kaum lelaki. Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki sebagai peneman setia di dunia ini. Malah isteri juga dikurniakan dengan kudrat yang sangat kuat berbanding si suami bagi melakukan pelbagai perkara dalam satu sama.

Baru-baru ini seorang lelaki bernama Fhais berkongsi cerita tentang isterinya yang tertidur di dalam kereta. Pada mulanya, dia hanya tersenyum melihat gelagat comel itu, namun lama kelamaan perasaan kasihan mulai timbul dalam dirinya.

Fhais sedar bahawa isterinya sedang kepenatan. Risau menganggu tidur isterinya, dia membawa kereta secara perlahan kerana tidak mahu isterinya terbangun mengejut. Dia memberitahu bahawa tujuannya bukan untuk manjakan isteri, tetapi dia tidak mahu berkira.

Fhais sedar bahawa isterinya sedang kepenatan. Risau menganggu tidur isterinya, dia membawa kereta secara perlahan kerana tidak mahu isterinya terbangun mengejut. Dia memberitahu bahawa tujuannya bukan untuk manjakan isteri, tetapi dia tidak mahu berkira.

Oleh itu bila mereka masuk ke dalam kereta, itu sajalah masa untuk mereka berfikiran tenang. Kata Fhais, ketika dalam kereta isteri secara automatik akan masuk ke mode berehat. Sebab itu kadang-kadang isteri ajak keluar berjalan, bukan nak habiskan duit tapi nak tenangkan diri.

Dia juga menyeru kepada para suami di luar sana agar tidak memperlekehkan isteri yang tidur di dalam kereta, kerana bila sampai rumah nanti mungkin mereka tiada masa untuk berehat.

Tambah Fhais, kalau nampak isteri mood tidak baik sepanjang hari dan tak keruan, ajaklah mereka keluar berjalan kerana itu tandanya mereka sedang kepenatan.

Perkongsian daripada Fhais ini sangat berkesan dan menyentuh hati netizen terutamanya para isteri. Mereka berterima kasih kerana menyampaikan apa yang terbuku di dalam hati selama ini.

Sungguh bermanfaat perkongsian daripada Fhais ini. Kepada suami di luar sana, hargailah isteri anda. Ini kerana banyak pengorbanan yang mungkin anda tidak sedar. Bantulah juga isteri dalam hal kerja rumah, jangan biarkan mereka buat semua benda ya.