Sayang Nak Buang Barang Tanda Hidap Sakit Mental

Kebanyakan daripada kita mesti ada satu tabiat yang suka sangat menyimpan barang-barang lama,dengan alasan mungkin ada nilai sentimental ataupun sejarah tersendiri.

Jika tiada nilai sentimental,alasan yang kerap digunakan ialah ‘Nanti nak guna barang ni’, menyebabkan kita masih lagi simpan barang tersebut,walaupun ia tidak lagi digunakan pun.

Graduan psikologi dari Universiti Of Nottingham,Aiman Amri atau lebih dikenali sebagai AimanPsikologi berkongsi dilaman Facebooknya,mengenai kecenderungan seseorang berkaitan menyimpan barang-barang lama dan ianya menyifatkan sebagai salah satu tanda kecelaruan mental yang dikenali sebagai Hoarding Disorber.

HOARDING DISORBER – PENYAKIT MENYIMPAN BARANG

Ini antara keadaan mental yang agak berbahaya dan sukar untuk dibuang.

Penghidap biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang,menjual atau melepaskan apa-apa baran gmiliknya walaupun barang tersebut sudahpun hilang nilai kegunaannya.

Mungkin ada yang menggangap ini sebagai sentimental value,tetapi ini hanya sebagai pemula kepada keadaan yang semakin teruk apabila ia sudah masuk sebagai Disorber.

Yang lebih menyukarkan lagi ialah rawatannya kerana penghidapnya tidak melihat penyakit ini sebagai satu masalah malahan satu perkara normal.

Rawatan untuk keadaan mental menjadi pulih sebagai satu faktor kritikal ialah penghidapnya mahu ubat,namun bagi penghidap Hoarding Disorber,mereka ini berada dalam kesukaran diperingkat ini.

Keadaan awal mereka bermula sebagai :

1.Perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tiada guna dan tak nampak keperluan untuk dilepaskan.

2.Tempat penginapan mereka menjadi semakin padat dengan barang yang disimpan walaupun tiada guna.Malah makanan pun boleh dikumpul dalam peti sejuk sehingga sudah berkulat.

3.Semakin melarat apabila mula mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi contohnya tisu daripada bekas makan,atau surat-surat lama yang tidak terpakai dan akhirnya mula menyimpan sampah.

Ada juga yang jenis tidak bersepah,disusun rapi cuma sayangnya penyakit itu tetap ada.

Punca Hoarding Disorber Boleh Terjadi?

Tidak diketahui,kemungkinan stress,genetik,keadaan kimia otak dan macam-macam lagi penjelasan.

Bagaimana Cara Untuk Mengatasinya?

Antara cadangan untuk mengawal diri supaya keadaan tidak melarat ialah total cleaning.Kemas rumah anda,buang barang-barang yang anda tidak perlukan.Tip paling mudah,sekiranya barang tersebut tidak disentuh atau digunakan selama 3-6 bulan,secara psikologinya memang dah tak diperlukan,walaupun semahal mana pun harganya,barang tersebut boleh dibawa ke FREE MARKET.