Setiap Hari Mak Ayah Ciumlah 4 Anggota Tubuh Anak,Selebihnya Lakukan 5 Sentuhan

Lahirlah rasa kasih sayang dalam diri anak-anak melalui sifat ibu-bapanya yang penyayang.Cara itu perlu dilatih sebaik anak lahir ke dunia dan merasai deria sentuhan ibu ayahnya.

Mengikut saranan doktor Psikologi terhadap ibubapa,terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak.

Ianya hendaklah dilakukan setiap hari,semenjak lahir tanpa had waktu dan umur,selagi dia masih menjadi anak kita.

4 Ciuman

Di ubun-ubun
Sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh),insyaAllah

Di dahi
Ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai anak kita.Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya,Fatimah r.anha di dahi beliau.

Di kedua-dua pipi
Iaitu sebagai tanda syauq (perasaan kasih-sayang dan rindu) kita terhadap si anak

Di tangan anak
Tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.

Perhatian : Ciuman dimulut hanya khas untuk isteri sahaja

5 Sentuhan

Mengosok belakang kepala anak
Sebagai tanda belas kasihan dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung

Menggosok atas kepala atau ubun-ubun
Ini menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya

Menggosok atas dahi anak
Sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak

Kedua pipi
Juga tanda mawaadah wa hubb (kasih sayang)

Memegang kedua tangannya
Untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru