Suami Sikatlah Rambut Isteri’ Ini Pun Cara ‘Sweet’ Gembirakan Hati Pasangan

Bro Ohsem atau nama sebenarnya Akhtar Syamir sememangnya begitu romantis dengan isterinya,Nora AzniDari bab hadiahkan koleksi tudung,tak lokek me time,sampailah perkongsian sikat rambut isteri ini.

Ceritanya ringkas saya.Malah sarat gurau senda.Tapi mengandungi maksud yang cukup mendalam untuk pasangan suami isteri.

Sebab berapa ramai sebenarnya di kalangan suami yang sedia,sudi malah ikhlas menyikat rambut isterinya.Baik dalam keadaan santai-santai mahupun ketika isteri dalam berpantang.

Kata Bro Ohsem,”Saya terkejut juga.Rupanya ramai yang jarang atau tak pernah langsung sikat rambut isteri.”

Bila Kali Terakhir Suami Sikatkan Rambut Isteri?

Kalau tak ingat,cuba-cuba la minta sikatkan.

Nampak macamperkara remeh,mudah tapi impaknya sangat besar dan berpanjangan untuk kedua-dua belah pihak.

Menurut kajian,semasa suami menyikat rambut isteri,cas-cas elektrostatik akan mengalir dari badan suami kepada si isteri dengan pantas.Apabila cas positif suami bertembung dengan cas negatif isteri,kebarangkalian baby akan dihasilkan menjadi sangat tinggi.

Hahahaha..takdelah,saya merepek je.Siapa yang terkena?Baik mengaku!

Ini Sebenarnya Yang Jadi Bila Suami Sikat Rambut Isteri

Sebenanrya apabila suami menyikat rambut isteri,perasaan kasih sayang itu akan dirasai bersama.Suami mungkin tak nampak,tapi semasa menyikat tu isteri suka sangat,kadang-kala dia tersengih sendiri.

Tak caya/Cuba buat.Bohongla kalau tak suka.

Betul tak korang suka suami belai-belai dan sikatkan rmbut?

Kalau tak pernah,boleh tak saya minta tolong hari ini cuba minta suami sikatkan.Please.Saya berharap sangat.

Sumber/foto:Akhtar Syamir