Suami Tetap Kena Bagi Nafkah Kepada Isteri Walaupun Gaji Isteri Besar

Suami memang wajib beri nafkah pada isteri. Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri pun, suami masih kena beri nafkah pada isteri. Kena bagi, walaupun sedikit. Wajib, melainkan kalau isteri kata tak payah.

Tetapi, ramai suami yang pandang remeh nafkah buat isteri masing-masing. Ada yang tidak tahu dan ada yang buat-buat tak tahu. Ada juga langsung tak ambil tahu.

Jangan terkejut jika seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu adalah wajib. Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan dan menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.

Wanita yang dikenali sebagai Alyah berkongsi kisah rumah tangganya. Walaupun gajinya lebih besar berbanding suaminya. Tetapi, suaminya tetap memberikan nafkah bulanan padanya sebanyak RM50. Walaupun sedikit nafkah itu tetapi suaminya telah menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik.

“Ramai isteri yang mempersoalkan tentang para suami yang kurang bertanggungjawab dari segi uruskan gaji mereka dalam urusan keluarga. Hari ini saya minta izin untuk ulas sikit tentang perkara ini, dari segi logik dengan mengenepikan emosi keperempuanan kita.”

“Sebelum itu, saya nak perkenalkan diri. Nama saya Alyah. Dari kecil, saya memang bercita-cita nak kahwin dengan lelaki yang mantap ekonominya sebab saya lihat sendiri betapa ayah saya selalu rendah diri dengan ibu yang gajinya jauh lebih besar. Selalu tengok ayah diri jauh-jauh di kaunter pembayaran lepas shopping sebab, ibu yang akan bayar semuanya.”

“Ayah selalu segan dengan nenek dan ibu pula selalu persoalkan mana gaji ayah pergi. Selalu tengok ayah buat macam-macam kerja tambahan sebab nak tambah perbelanjaan keluarga. Masih juga tak cukup dan menandingi gaji ibu. Pada saya, lelaki perlu memegang ekonomi keluarga, barulah dilihat sebagai ketua keluarga. Pemikiran waktu kecil dahulu.

“Sehinggalah saya dewasa dan ditakdirkan berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih rendah ekonominya. Dengan gaji saya sebagai eksekutif swasta, RM8K berbanding suami yang bergaji RM2K. Jujur saya mengahwininya kerana sikapnya yang serba sederhana dan berakhlak mulia.”

“Lalu saya terfikir semula, bagaimana saya boleh berlapang dada dengan contribution gaji suami yang sedikit dalam urusan keluarga kecil kami, dengan anak yang baru lahir.”

“Dalam masa yang sama, tidak mahu suami merasa rendah diri dengan perbezaan gaji kami. Dan bagaimana mahu mengangkat suami supaya merasa confident menjadi ‘pemegang ekonomi keluarga’.”

“Suami mengambil peranan membayar rumah sewa dan bil (sekitar RM900). (45 peratus daripada gajinya) Belum termasuk dengan hutang keretanya, duit kepada ibu dan ayah di kampung serta lain-lain. Dan suami juga turut memberi duit poket kepada saya sebanyak RM50 setiap bulan. Kerana katanya dia tak mahu hilang keberkatan gaji. Sebenarnya sedih sangat waktu nak terima duit ni sebab saya tahu suami berkorban makan tengah hari lauk yang murah-murah saja seperti tempe dan kuah. Pernah juga terfikir untuk tak mahu ambil, tapi end up saya simpan semua duit suami untuk kegunaannya jika dia memerlukan.”

“Saya mengambil peranan untuk membeli barang dapur, barang-barang baby, duit minyak dan tol jika travel bersama kami sering travel jauh kerana kampung kami di utara, belian runcit dan apa sahaja selain yang suami bayar sekitar 1.5k iaitu 19% daripada gaji saya.”

“Di sinilah saya perlu berlapang dada dengan fakta. Walaupun jumlah yang diberi oleh suami kelihatan lebih kecil berbanding contribution saya(950 vs 1500), tetapi suami telah mengorbankan hampir separuh gajinya (45%) untuk urusan keluarga, berbanding saya yang hanya 19%. Itupun selepas ditolak dengan komitmen lain, suami hanya tinggal sekitar RM250 untuk dirinya sebulan. Sungguh besar pengorbanan suami. Jadi, tidak sukar untuk berlapang dada kan? Sekarang, macamana kita nak buat suami rasa confident pula dan kelihatan sebagai pemegang ekonomi keluarga?”

“Memandangkan suami ada banyak bank dan ada yang tidak digunakan, kami sepakat untuk gunakan bank suami itu sebagai ‘transit’ pembiayaan bulanan keluarga kami. Maksudnya,setiap bulan, suami akan transfer RM950 ke akaun itu, dan saya pula akan masukkan RM1.5k. Suami yang akan buat pembayaran online untuk urusan sewa dan bil, dalam masa yang sama, suami yang akan withdraw duit dan pegang duit untuk urusan shopping dan lain-lain, daripada bank itu.”

“Saya lihat, confident suami bertambah selepas kami decide buat macamni. Suami tidak rasa malu-malu seperti ayah saya dulu yang terpaksa diri jauh-jauh dari kaunter sebab tak mampu bayarkan barang-barang kami sekeluarga. Suami kita ada pride mereka sendiri. Jagalah air muka suami, kerana semua suami bercita-cita untuk jadi HERO keluarga. Jika tak mampu di mata isteri, mungkin mampu di mata anak-anak, atau sekuarang-kurangnya di mata adik cashier. Tapi dimata saya, suami tetap hero kerana dia dah korbankan banyak untuk kami. Makan pakai apa yang ada. Sedihnya.”

“Saya dapat rasakan, keadaan keluarga dilihat semakin bahagia, suami lebih ceria kerana rasa begitu dihormati sebab beri peluang dia urus duit, rasa ada ‘kuasa’ untuk kawal urusan kewangan keluarga.”

“Untuk suami. Jangan rendah diri jika gaji tidak setanding isteri. Bawalah berbincang dan terus terang dengan isteri pembahagian kewangan anda. Keluarkan fakta by percent, bukan amount. Carilah keberkatan dengan beri nafkah pada orang tua dan isteri. Walau sedikit. Ulang suara, walau sedikit. Isteri akan sangat menghargai dan jatuh cinta setiap bulan, berkali-kali kepada anda. Jangan salah guna kepercayaan isteri jika nanti dah ada akaun transit tu. Serius.”

“Untuk isteri. Jodoh kita ialah sebaik-baik yang Allah tentukan. Gaji suami bukan ukuran penentu kebahagiaan. Suami kita bukan tak mahu gaji besar. Tapi dia belum ada rezeki lagi. Sebagai isteri, kitalah yang perlu doakan sungguh-sungguh. Selalu ingat part PERCENT itu. Percayalah anda akan jadi sebak sangat sebab terasa macam suami begitu mementingkan kita dan anak-anak sebab hanya picisan gaji sahaja yang tinggal untuknya untuk survive ke bulan seterusnya.”

“Pengorbanan kita, anggaplah sebagai ibadat. Biar Allah kira. Saya sayang para isteri yang berlapang dada dan redha dengan kekurangan suami, kerana Allah Taala.”

VIDEO: