SUBHANALLAH. Inilah Perkara Yang Menjadi PUNCA Malaikat Rahmat ENGGAN Masuk Ke Rumah Kita. No 14 Paling Banyak Dilakukan Tapi Tak Ramai Yang Sedar

SUBHANALLAH. Inilah Perkara Yang Menjadi PUNCA Malaikat Rahmat ENGGAN Masuk Ke Rumah Kita. No 14 Paling Banyak Dilakukan Tapi Tak Ramai Yang Sedar

 

Rumahku Syurgaku. Kalau Rumah Kita Pun Tiada Rahmat, Bagaimana Mahu Hidup Bahagia. Kan?

SUBHANALLAH. Inilah Perkara Yang Menjadi PUNCA Malaikat Rahmat ENGGAN Masuk Ke Rumah Kita | Baca Viral – Rumah adalah tempat kita beristirahat dan berkumpul dengan sanak keluarga. Rumah juga adalah tempat kita mengharapkan datangnya rahmat dari Allah, SWT.

Tapi bagaimana jika seandainya tanpa kita sedari rumah yang kita diami memiliki perkara-perkara yang dimurkai Allah sehingga malaikat enggan masuk ke dalamnya. Malahan, mungkin menjadi tempat bersemayamnya syaitan dan jin yang dilaknat.

HADIS YANG MENJELASKAN
Rasulullah menjelaskan dalam banyak hadis tentang rumah-rumah tertentu yang tidak akan dimasuki Malaikat Rahmat. Di antaranya adalah hadis-hadis berikut ini:

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ

Aku (Abu Thalhah) mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Malaikat (rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan (atau) gambar patung” (HR. Bukhari)

عَنْ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ

Dari Abu Thalhah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Sesungguhnya malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar”(HR. Muslim)

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَلَائِكَةُ لَا تَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ وَلَا كَلْبٌ وَلَا جُنُبٌ

Dari Ali bin Abu Thalib dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Malaikat (rahmat) tidak masuk rumah yang padanya terdapat gambar dan anjing serta orang yang junub” (HR. An Nasa’i, dishahihkan Al Albani)

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَا تَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ

Dari Ali bin Abu Thalib dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda:“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar” (HR. Ibnu Majah, dishahihkan Al Albani)

RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI MALAIKAT RAHMAT
1. Rumah yang di dalamnya ada gambar/lukisan makhluk bernyawa
2. Rumah yang di dalamnya ada anjing.
3. Rumah yang penghuninya junub atau biasa tidak mandi/bersuci dari junub.
4. Rumah yang di dalamnya ada patung.

Selain 4 rumah tersebut, dalam buku Rumah yang Tidak Dimasuki oleh Malaikat, Abu Hudzaifah Ibrahim bin Muhammad menambahkan rumah-rumah lainnya yang tidak dimasuki oleh Malaikat Rahmat iaitu:

  1. Rumah orang yang memutuskan silaturahim
  2. Rumah orang yang durhaka kepada kedua orang tuanya
  3. Rumah orang yang memakan harta anak yatim
  4. Rumah orang yang memakan riba
  5. Rumah yang di dalamnya tidak disebutkan Asma Allah
  6. Rumah yang tidak ada shalawat di dalamnya dan lebih mementingkan hawa nafsu
  7. Rumah yang di dalamnya banyak caci maki dan laknat
  8. Rumah yang di dalamnya ada alunan lagu selain dzikir
  9. Rumah yang di dalamnya ada lonceng
  10. Rumah yang digunakan minum khamr
  11. Rumah yang ditempati perjudian dan sajian berhala
  12. Rumah yang di dalamnya ada syirik dan mantra-mantra
  13. Rumah yang di dalamnya ada bau tidak sedap atau penghuni laki-lakinya melumuri tubuh dengan kunyit
  14. Rumah yang penghuninya hidup boros
  15. Rumah yang penghuninya terus menerus melakukan kedurhakaan
  16. Rumah yang digunakan untuk kekejian, atau dosa besar

Mari Kongsikan Untuk Kebaikan Bersama.

VIDEO