Surah Al Fill, Jika Diamalkan Akan Dihindari Dari Musuh Dan Musibah Besar

Dibaca 13x jika tersesat dalam hutan, akan balik ke pangkal jalan Insya-Allah.

Surah Al Fill, Jika Diamalkan Akan Dihindari Dari Musuh Dan Musibah Besar. Pada Yang Benci Akan Kembali Sayang.

Bismillah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, –

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, –

Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

 

Di antara kelebihan surah ini ialah:

1. Dibaca 20x selama 7 hari akan disampaikan hajat yang pelik dan ganjil.

2. Dibaca 1,000x selama 40 hari akan dimurahkan rezeki dan disampaikan hajat.

3. Dibaca 30x selama dalam tahanan akan segera dibebaskan.

4. Dibaca 13x jika tersesat dalam hutan akan balik ke pangkal jalan.

5. Dibaca 1,000x selama 10 hari jika selama hidupnya dibenci orang nescaya akan dikasihi.

6. Dibaca 170x pada makanan atau gula-gula atau minyak wangi diberi pada wanita atau isteri dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala dikasihi dan disayangi.

7. Dibaca selalu dalam peperangan akan menang dan musuh akan lari.

8. Ditulis pada atap yang sudah lama lalu dipendam di rumah musuh / orang zalam dengan izin Allah Subhanahu wa Ta’ala rumah itu seperti dilempar batu setiap malam selagi atap itu tidak diambil.

9. Dibaca dalam solat sunat qabliah Subuh 2 rakaat selepas Fatihah, surah As-Syarh (Alam Nasyrah) dan Al-Fiil dengan izin Allah tangan musuh tidak akan sampai pada kita dan terhindar dari penyakit buasir.

VIDEO :

Sumber: mukminsolution via limaumanis