Tempat Larangan Melancong Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan

Kerana itulah Allah SWT berfirman :

“Demi masa,Sesungguhnya manusia benar dalam kerugian,Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetap di ats kesabaran.”(Al-Asr:1-3)

Oleh yang demikian,pelancongan yang tidak mempunyai matlamat,musafir tanpa tujuan adalah diharamkan serta ditolak oleh agama kerana menyebabkan manusia terlepas untuk beramal soleh dan mengumpul pahala bagi menghadapi pengadilan Allah di hari Akhirat.

Bentuk pelancongan atau lawatan yang ditolak oleh agama seperti melawati tempat-tempat maksiat,tempat-tempat rekreasi atau pelancongan yang tidak mendatangkan faedah kepada agama,diri dan keluarga sebaliknya mendatangkan mudharat,suka-suka dan sia-sia.

Selain itu,antara jenis pelancongan yang diharamkan oleh Islam ialah melancong ke tempat-tempat yang dimurkai oleh Allah swt seperti yang kerap dilakukan oleh sebahagian orang ramai di Laut Mati,Jordan.

“Firman Allah SWT:”Dan apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka,berapa banyak umat sebelum mereka yang telah kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah).Maka apakah mereka tidak mendengar?”(As-Sajdah:26)

Kemudiannya diriwayatkan bahawa baginda menutup kepala dan menyuruh kenderaannya bergerak laju sehinggalah dapat meninggalkan kawasan tersebut.

Imam Ibn Qayyim ra menyebut : Barangsiapa yang melalui kawasan kaum yang dimurkai oleh Allah SWT atau terkena azab-Nya maka hendaklah dia tidak memasuki atau menginap disitu sebaliknya perlu segera beredar dan menjauhkan diri serta menutup kepala dengan pakaiannya sehingga dia meninggalkan kawasan tersebut. Dia juga sepatutnya tidak memasuki kawasan seperti itu kecuali dalam keadaan menangis kerana mengambil pengajaran. Bahkan Rasulullah SAW pernah menunjukkan contoh dan sunnah kepada kita apabila melalui lembah Muhsir sebuah kawasan di antara Mina dan Mudzalifah kerana di situ pernah berlaku pemusnahan pasukan tentera bergajah. (Lihat Kitab Zaad al-Ma’aad 3/560)

Al-Hafiz Imam Ibn Hajar ra juga turut mengutarakan pendapat bahawa hukum perbuatan nabi SAW tersebut turut berlaku kepada semua tempat dan kawasan yang ditimpa bala dan azab serta tidak hanya kepada kaum Thamud sekalipun hujah yang diberikan adalah berkenaan mereka (Lihat Fathul Bari 6/380)

Oleh yang demikian maka perbuatan sebahagian umat Islam yang jahil akan hal ini perlulah ditegur apabila ramai dikalangan kita pergi melancong ke laut mati yang merupakan tempat kaum terdahulu (Sodom) diazab dan dimusnahkan oleh Allah SWT bahkan bergembira serta bergelak ketawa, menangkap gambar kenang-kenangan. Perbuatan ini bahkan dilakukan oleh ramai pelajar termasuk para bakal ustaz dan ustazah yang berkelulusan agama.

Tidak hanya itu, perbuatan melancong atau menziarahi peninggalan Piramid, makam Firaun dan juga kapal-kapal yang dimurkai oleh Allah SWT seperti kapal Flor De La Mar di Melaka yang dijadikan sebagai tarikan perlancongan adalah patut dilarang tanpa keperluan yang mustahak.

Kapal Portugis itu telah dikaramkan oleh Allah SWT di lautan Selat Melaka bersama kapal-kapal Portugis yang lain setelah berhasil menawan Melaka dan membunuh ramai umat Islam, memperkosa anak gadis dan menjarah harta-harta umat Islam Melaka. Hari ini anak-anak Melayu Islam menangkap gambar tanpa ada rasa malu atau terhina maruah bahawa itulah kapal yang membawa kekufuran, menjajah tanahair Islam Melaka dan kapal yang dimurkai oleh Allah SWT.

Inilah bukti lemahnya umat Islam dalam aqidah Al-Wala Wal Bara’ yang perlu diperingatkan dan selalu dijadikan muhasabah dan bahan tazkirah oleh para pendakwah agar generasi Islam kembali menyedari akan susur galur perjuangan agama mereka.