Tips Mudah Hilangkan Batuk Dalam Masa 1 Hari Sahaja.Boleh Cuba Di Rumah

“Aduh, batuk ni tak baik lagi dah lama dah. Macam-macam ubat dah makan, masih sama.”

Pernah alami situasi di atas? Kadang-kadang sampai penat dan bosan nak makan ubat sebab semua ubat dah cuba. Masih lagi tak pulih batuk tu. Rupa-rupanya, ada cara ‘homemade’ yang kita boleh cuba lakukan untuk memulihkan batuk dengan cepat! Nak tahu macam mana nak buat, jom ikut cara mudah ini.

Pernah tak batuk berbulan-bulan lama ye walaupun dah makan macam-macam ubat tapi masih juga tak sembuh batuk? Jenuh cuba bermacam-macam cara tapi masih juga tak lega. Apa kata cuba tips di bawah.

Tips Mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja dengan bawang putih dan madu :

– 3 – 4 ulas bawang putih yang dikupas dan dicincang halus.
– 1 cawan madu
– Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu
– 1 cawan madu dan bawang yang dicampur ditutup dan disimpan 3 jam sebelum dimakan.
– Selepas 3 jam boleh dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam.

Manfaat Bawang Putih Untuk Batuk

– Bawang putih mempunyai kandungan zat anti mikroba, antibakteri, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.
– Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria yang berbahaya, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.