Untuk Wanita Bergelar Isteri Pahala Besar Jika Lakukan Empat Hal Ini Di Malam Jumaat

Ini 4 Hal Yang Harus Isteri Lakukan Pada Suami Di Malam Jumat Jika Ingin Peroleh Pahala Yang Besar, Sebagai seorang isteri, sudah seharusnya kita mengetahui apa kewajiban kita terhadap suami. Setelah menikah, maka redha suami sangatlah penting sehingga kita harus memenuhi segala keperluan suami sebagai pengabdian kita pada imam keluarga.

Berikut ini adalah 4 hal yang harus dilakukan isteri untuk suaminya di malam Jumat:

1. Mengajak suami membaca surah Al-Kahfi

Sebuah hadis menjelaskan bahawa barang siapa yang membaca surah ini di malam Jumaat maka akan dipancarkan cahaya antara dirinya sampai baitul Atiq. Sebagai seorang isteri, sudah sepatutnya kita saling mengingatkan untuk meneladani sunnah Rasul dan melakukan perintah-Nya, maka selalu ajaklah suami dan keluarga menuju kebaikan. Luangkanlah waktu untuk membaca surat ini bersama suami agar keutamaannya berlipat. Dan untuk beribadah atau beramal kita boleh melakukannya bila-bila saja.

2. Melayani suami dengan penuh kasih sayang

Sebuah hadis meriwayatkan bahawa hubungan suami isteri adalah sedekah. Seorang sahabat bertanya apakah jika mereka mendatangi isterinya dengan syahwat akan mendapatkan pahala. Rasul pun menjawap bahawa jika kita mendatangi mereka yang diharamkan maka kita akan mendapatkan dosa sehingga jika kita melakukannya pada yang halal akan mendapatkan pahala. Sementara, keutamaan melakukan hubungan ini di hari Jumaat juga dijelaskan dalam sebuah hadis yang mengatakan bahawa barang siapa yang mandi di hari Jumaat, membersihkan dirinya dan segera pergi ke masjid dengan penuh kesungguhan saat mendengarkan khutbah maka setiap langkah menuju masjid mendapatkan pahala sebagaimana pahala setahun, yakni pahala puasanya dan solat malamnya. Namun, mandi sebelum solat ini tidak selalu harus di awali dengan berjimak.

3. Mengajak suami membaca shalawat

Keutamaan dari membaca shalawat telah diterangkan dalam sunnah Rasulullah dimana jika kita melafalkan shalawat pada hari Jumaat maka kelak kita akan menjadi orang yang paling dekat dengan Rasulullah di syurga. Jika seorang isteri membaca shalawat untuk dirinya sendiri maka dia akan mendapatkan keutamaan bagi dirinya sendiri. Tapi, jika kita mengajak suami untuk membaca shalawat maka kita dapat mengamalkan sunnah Rasul bersama sehingga akan menambah pahala kita. Oleh kerana itu, jangan pernah mengalah untuk mengingatkan suami dalam melafalkan shalawat kepada Nabi. Tidak hanya untuk hari Jumaat, tapi sepanjang waktu.

4. Membangunkan suami untuk solat tahajud

Solat Tahajud memiliki keutamaan yang besar untuk dilakukan. Solat seorang diri saja sudah merupakan amalan yang luar biasa. Apalagi, jika kita mengajak orang lain untuk melakukan amalan ini. Sebagai keluarga, kita harus boleh saling mengajak dalam kebaikan agar keluarga ini selamat hingga hari akhir kelak. Untuk itu, saat kita terbangun di tengah malam dan hendak melakukan solat qiyamu lail maka bangunkan juga suami agar kita boleh solat berjamaah. InsyaAllah keluarga ini akan mendapatkan rahmat dari Allah.

Sebagai seorang isteri, taati suami, ada syurga bagi para isteri. Untuk itu, jagalah keluarga anda di dalam kebaikan berdasarkan Al-Quran dan hadis. Saling mengingatkan dalam kebaikan sangatlah diperlukan kerana sebagai manusia biasa, pastinya kita juga merasakan keimanan yang naik turun.