[VIDEO] Betulkah Ini Hukum Memandulkan Kucing? Ini Penjelasannya.

Soalan:

Assalamualaikum.. Saya Ada Seekor Kucing Betina Yang Sudah Cukup Matang.. Baru Baru Ini Kucing Saya Telah Menunjukkan Untuk Mengawan.. Saya Duduk Di Ibu Kota Dan Tiada Masa Untuk Menjaga Kucing Dengan Kuantiti Yang Banyak.. Setakat Ini Makan Minum Dan Kebersihan Semua Mencukupi.. Jika Saya Ingin Memandulkan Kucing Saya, Apakah Hukumnya? Untuk Menjaga Kebajikan Nya.. Terima Kasih

Jawapan:

Hukum memandulkan haiwan yang tidak dimakan ialah haram dalam mazhab al-Shafie. Dinukilkan oleh Imam al-Nawawi dalam Majmu’ Sharh Muhazzab (6/177)

قَالَ الْبَغَوِيّ وَالرَّافِعِيُّ لَا يَجُوزُ خِصَاءُ حَيَوَانٍ لَا يُؤْكَلُ لَا فِي صِغَرِهِ وَلَا فِي كِبَرِهِ قَالَ وَيَجُوزُ خِصَاءُ الْمَأْكُولِ فِي صِغَرِهِ لِأَنَّ فِيهِ غَرَضًا وَهُوَ طِيبُ لَحْمِهِ وَلَا يَجُوزُ فِي كِبَرِهِ وَوَجْهُ قَوْلِهِمَا أَنَّهُ دَاخِلٌ فِي عُمُومِ قَوْله تَعَالَى إخْبَارًا عَنْ الشَّيْطَانِ (وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خلق الله) فَخَصَّصَ مِنْهُ الْخِتَانَ وَالْوَسْمَ وَنَحْوَهُمَا وَبَقِيَ الْبَاقِي دَاخِلًا فِي عُمُومِ الذَّمِّ وَالنَّهْيِ

Maksudnya:

Telah berkata al-Baghawi dan al-Rafie bahawa tidak boleh memandulkan bintang yang tidak dimakan, sama ada semasa kecil atau dewasa. Mereka juga berkata bahawa harus memandulkan binatang yang boleh dimakan ketika kecilnya kerana untuk mendapatkan daging yang bagus, tetapi tidak boleh ketika dewasanya. Sudut pandagan kedua-dua syeikh ini sebenarnya terangkum dalam keumuman firman Allah Taala yang mengkhabarkan perihal hasutan syaitan: “Aku akan menyuruh mereka untuk mengubah ciptaan Allah” (Surah al-Nisa’, 4:119).

Kemudian dikhaskan khitan haiwan dan menanda badan menggunakan besi panas, dan seumpama keduanya, maka yang berbaki termasuk dalam perbuatan terkutuk dan larangan. Sebaiknya kami mencadangkan agar dilepaskan sahaja kucing-kucing yang tidak diperlukan ke kawasan yang sesuai (tidak memudaratkan manusia dan kucing tersebut) atau diiklankan untuk diberi kepada orang lain.

Itu lebih baik dan keluar daripada khilaf. Rujukan Al-Kafi Lil Fatawi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Panel nasihatkan agar ditempatkan kucing itu ditempat yang khusus dan tidak dibiarkan untuk berkeliaran bagi mengelakkan binatang tersebut mengawan atau sebagainya.

Wallahu a’lam..

 

VIDEO: