[VIDEO] Doktor dan staf tak profesional, menari & menyanyi rap sambil bedah perut pesakit

Kontroversi yang melibatkan seorang pakar dermatologi dari Atlanta telah mencetuskan rasa kurang selesa kepada masyarakat apabila dia dan kakitangannya menari dan menyanyi rap semasa melakukan pembedahan kepada pesakit. Hal ini juga menimbulkan rasa kurang selesa kepada ahli keluarga pesakit yang melihat aksi doktor itu tersebut.

‘Penyanyi rap’ yang dikenali sebagai Dr. Windell Boutté itu juga menggunakan peralatan pembedahan dan pesakit yang tidak sedarkan diri dijadikan sebagai sebahagian daripada ‘alat sokongan’. Video itu telah menjadi tular di media sosial untuk tujuan promosi.

Dr. Windell Boutté mempromosikan dirinya sebagai ‘Pakar Bedah Plastik Wanita #1 di Tenggara walaupun tidak dilesenkan di bawah lembaga perubatan Georgia untuk menjalani pembedahan.

Badan pesakit dibiarkan terdedah begitu sahaja.
Menerusi video berdurasi 57 saat itu, melihatkan aksi Dr Boutté dan kakitangannya (rakan doktor) itu sedang gembira membuat penggambaran sambil menyanyi dan menari lagu-lagu rap popular ketika melakukan pembedahan terhadap pesakit yang tidak sedarkan diri. Video tersebut kemudian dimuat naik di laman sosial, Youtube.

Paling mengejutkan adalah apabila Dr Boutté memotong perut pesakitnya tersebut sambil menyanyi dan menari rap diiringi lagu oleh O.T.Genasis, ‘Cut It’. Video itu juga melihatkan badan pesakit tersebut dibiarkan terdedah.

Sumber : KTLA 5 News

VIDEO: