[VIDEO] Inilah Yang Terjadi Apabila Anda Mahu Bergambar Lagak Seperti ‘Gangster’ Tetapi Ibu Bapa Anda Ada Bersama

[VIDEO] Inilah Yang Terjadi Apabila Anda Mahu Bergambar Lagak Seperti ‘Gangster’ Tetapi Ibu Bapa Anda Ada Bersama

 

Lelaki bertatu ini sememangnya kelihatan ganas tetapi lihat reaksinya apabila dia bergambar bersama ibu bapanya. Dia mahu bergambar dengan gaya ‘gangster’ tetapi terpaksa batalkan niatnya. Ibu bapanya kelihatan tidak suka dan melarangnya daripada membuat gaya ‘gangster’.

Video ini dirakamkan di studio ketika mereka mahu mengambil gambar keluarga. Gelagat mereka telah menarik perhatian netizen.

Cuba untuk membuat gaya ‘cool’.

Tetapi dia tiba-tiba berubah apabila ibu bapanya menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

Nampaknya, dia tidak menyerah kalah, masih mahu mengekalkan gaya ganasnya.

Sekali lagi, dia tidak berjaya dan ayahnya memberi amaran kepadanya dan memukulnya. Namun, dia tidak melawan.

Kemudian, dia mengambil gambar dengan ibunya, dia membuka beberapa butang bajunya.

Tidak berjaya juga. Ibunya memarahinya dan menyuruhnya membutangkan kembali bajunya.

Akhirnya, dia terpaksa akur untuk menjadi anak yang baik.

Walaupun penampilannya kelihatan ganas, dia tetap menghormati ibu bapanya. Dia kelihatan tidak melawan langsung apabila ibu bapanya memarahinya. Benarlah orang berkata, jangan menilai diri seseorang berdasarkan gambaran fizikal semata-mata.
VIDEO:

sumber : kaki tapau