[VIDEO] Orang Yang Gayat Je Faham, Siapa Gayat Mengaku Cepat..

Dilema si gayat

Fobia pada ketinggian mungkin kelihatan ‘lucu’ bagi kebanyakan orang. HAZRIL MDNOR kemukakan beberapa simptom utama yang berlaku pada si gayat untuk kesedaran bersama.

‘Takutnya’, ‘tinggi betul lah’ antara keluhan dilontarkan remaja yang takutkan ketinggian. Jika fenomena ini berlaku pada si gadis, mungkin boleh dimaafkan lagi. Tapi andai kata jejaka yang mengalaminya, pastinya ia menjadi bahan jenaka. Semuanya gara-gara takut berada di tempat tinggi.

Adakah ini sebahagian gejala gayat? Mungkin pada awalnya mereka berupaya menyembunyikan perasaan takut itu, namun jelas raut wajah bertukar dan lutut mula menggeletar ketika sudah sampai di kawasan tinggi.

Sedangkan ketinggian pokok kelapa sudah buatkan kita rasa gentar, apatah lagi berada di bangunan atau puncak gunung yang tinggi. Pasti kita rasa gelisah dan tidak dapat mengawal diri.

Acrophobia

Difahamkan, gayat boleh jejaskan keadaan mental dan emosi seseorang seperti kemurungan, menangis, pengsan, sejuk-sejuk badan malah muntah. Bagi anda yang ‘kebal’ daripada sindrom ini, disarankan jangan sesekali memaksa rakan yang mengalaminya.

VIDEO:

Bahasa saintifiknya boleh diertikan dengan istilah acrophobia yang membawa maksud ketakutan pada ketinggian. Seseorang individu itu akan berasa bimbang untuk membabitkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan kawasan tanah tinggi. Mereka yang gayat juga tidak berani melihat ke bawah.

Selain rasa panik apabila berada di tempat tinggi dan mencari sesuatu untuk berpaut, mereka yang gayat juga was-was untuk memegang sesuatu kerana risaukan seandainya benda yang dipegang tidak teguh sehingga munculnya reaksi spontan lain seperti turun serta-merta, merangkak dan melutut.

Keadaan ini akan menyebabkan jantung akan kuat berdegup dan menjadikan individu itu sukar untuk berfikir. Ini boleh membawa kepada ketidakseimbangan emosi.

Malah lebih teruk lagi, acrophobia boleh menyebabkan seseorang sentiasa berfikiran negatif. Fikir bukan-bukan sehingga mengganggu perancangan percutian atau riadah akan datang terutama membabitkan tempat penginapan yang terletak di kawasan cerun bukit tinggi. Mereka juga akan menolak sekiranya diajak tidur di rumah rakan yang mempunyai balkoni.

Cara mengatasi

Langkah pertama, anda perlu belajar bagaimana mengawal diri daripada rasa panik atau gementar. Jika berada di tempat tinggi, tarik nafas perlahan-lahan yang boleh menurunkan degupan jantung dan meningkatkan kadar oksigen untuk menguatkan otot daripada menegang. Jika boleh, lakukan meditasi seperti aromaterapi, mendengar muzik ataupun senaman ringan untuk kurangkan rasa fobia.

Kedua, elakkan diri anda daripada berada di tempat sangat tinggi yang memungkinkan anda mengalami fobia ini. Jika ada kawan-kawan yang memaksa, katakan anda mengalami acrophobia dan tidak mahu ikut serta ekspedisi ke kawasan tinggi. Langkah lain, anda boleh cuba berjumpa dengan doktor berkaitan sindrom ini dan bagaimana cara mengatasinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Sumber: Fb Muhammad Afiq Bin Akop Via KL Menjerit